Friday, July 8, 2011

KEWAJIBAN UNTUK BERUBAH

As salam para sahabat yang di kasihi. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua. Semalam, seperti juga hari2 yang terdahulu, saya mengendalikan kursus untuk para pengurus di sebuah agensi gergasi dlm bidang hartanah. Sesi berjalan dgn jayanya. Satu rumusan yg saya dapati ialah: kebanyakan pengurus, spt juga kebanyakan org lain, tak nampak keperluan utk berubah setiap hari ke arah yg lebih cemerlang. Nabi bersabda: Org yg dua hari berturutan tidak berubah, pasti menuju kegagalan. Justeru, kita yg tidak berubah setiap hari sememangnya tanpa sedar menuju kegagalan. Jika pemimpin gagal, macam mana pengikut nak berjaya? Jika pengurus gagal, macam mana pekerja nak berjaya? Jika ibu bapa gagal, macam mana anak2 nak berjaya? Begitulah seterusnya....

Persoalannya, apa nak buat? Mulai hari ini, kita buat azam utk terus berubah hingga akhir hayat. Cara nak berubah?


1. Sebelum tidur, maafkan semua org, berdoa dan buat azam: Ya Allah, jika esok aku masih hidup, jadikan esok lebih baik drp hari ini. Tapi jika akau mati esok, matikan aku dlm husnul khatimah.

2. Bangun pagi terus tersenyum dan berdoa: Syukur ya Allah aku masih panjang umur. Jadikan hari ini lebih baik drp semalam ya Allah. Jadikan aku positif, sihat, bersemangat dan ceria utk pergi kerja/sek/IPT/dsbnya.

3. Amalkan sunnah2 harian semasa di bilik air, berpakaian, sarapan, nak keluar rumah dsbnya.

4. Keluar rumah dgn melangkah kaki kiri dan berdoa. Pasang berbagai niat utk pergi kerja/sek/IPT -- Ya Allah aku keluar rumah nak cari rezki halal, cari ilmu, sampaikan ilmu, nak hapus dosa dgn kerja kuat, nak sembuhkan sakit, nak senyum dan beri salam kat org, nak cari kwn baru dan eratkan persahabatan yg dah ada, nak bantu org, nak bersedekah, nak bermaafan, nak doa mendoakan, nak jadikan hari ini lebih baik drp semalam, nak jadi sebab org lain dpt hidayah, dsbnya.

5. Usaha utk cuci hati dgn solat taubat, istighfar, maafkan org, kekalkan wuduk, baca Quran, cuci pinggan, etc

6. Belajar utk sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif

7. Cuba utk buat apapun dgn kaedah yg terbaik ie ikut sunnah

8. Jaga ibadah setiap masa

9. Perbaiki hubungan dengan semua org

10. Cari guru atau mentor utk dpt bimbing kita ke arah kecemerlangan

11. Jaga penampilan diri agar sentiasa kemas dan menawan

12. Bentuk budaya diri atau amalan harian yg positif dan cemerlang -- cara makan minum, cara bersapa, bercakap, cara menegur, menerima teguran, cara bermesyuarat, etc


Moga kita semua sentiasa berubah dan di rahmati Allah. Wassalam

Tuesday, May 24, 2011

KESEDIHAN...... :(:(:(



Hari nie hari kedua ak xdpat online FACEBOOK..........
hukhukkkkkkk.............
siapakah MAKHLUK...
ALLAH s.w.t yg buat kat ak niehhh....
ak trase amat sangt rindu bero9........
tp msih xdpat jgak....
hatiku brase sangat sayu dan sedyhhh.......
ak msih tercari2.... bgaimnkah cra unk ak aktif ...
smula FB niehhh......
pertama... ak bertrima kasih.....
kat LEEN... coz daaa tlng ak unk pulihkan FB ak...
tp wlaupun xdpat, ak ttp knang jasanya...
kerna daa berssh pyah unk ak....
hope die bhgia slalu......

slepas tu... ak tringat kat kwan ak dak IT.....
from klate.... caye xcaye, ak bgi la email & password ak kat ye.......
demi kebaikan bersama... ak sngat syang kat tman2 ak yg tlah ak cipta.....
"Laman Sosial"
ak berhrap ak dpat on9 kmbali.... hukhukkkkkkk

tp slpas die tlong ak unk buat smula...
terpncar kegumbiraan pda wjahku ini....
hehehee.....
hlang sume tkanan yg ade.... hehehe
bkan ape, ak syang pic lam tu je... coz xde backup kot....
kwan2..... ak bhgia berFB ngan die org sume...
wlaupun kenkdang kebosnan....
hakhakkkkkk.........


Thank to.......

kenkwan yg berada d TENGAH..... :)

Friday, May 6, 2011

Perempuan Memang Begini :)

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, April 26, 2011

KISAH 4 LILIN........


Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja! demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala. begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya. tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan! lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN. dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Rumusannya...

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya…..
http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/229135_217817644895583_100000020488798_944707_6955276_s.jpg

Monday, April 25, 2011

HILANG

salam kerinduan...

Pada tengah malam yang sunyi sepi...
aku buka facebook...
al-maklumlah sekarang dunia dihujung jari sahaja....
aku baru perasan aku telah kehilangan sehabat didalam "FB"....
aku tidak tahu samaada FB dia deactive @ dia terdelete...
manusia yang bernama....
tutttttttttt......................
tapi ak masih mencari dimanakah si gerangan tuan put3 bersembunyi.....
aku tahu barangkali gerangan put3 ini akan membaca blog ak yg xbrapa nak "cantik"....
ak sdar bhwa blog ak nie mmg xcntik pownn..... hehheeee
tp ak xkisah ak brasa ttp nak tlis isi hatiku didlam blog nie......
diamanakah agaknya dia berada... :)
entah aku brasa plik knpa ak xjmpa dia didlam FB ak nie....
dimanakah agaknya dia berada....
semoga pada suatu hari nanti dia akan muncul kembali...
smoga msih ade sinar didalmnya...
aminnn...... hukhukkkkk :)

(maaf bhsa lintang bin pukang, hikhikkkkk )



Sunday, April 24, 2011

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya. Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung. Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat. Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah. Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut. Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...
Salam Ukhuwah..~